Saturday 3 December 2011

Siri Versi Bahasa Malaysia


Kerja-kerja sokongan Bahasa Malaysia untuk Siri kini dijalankan menurut maklumat yang telah didedahkan oleh seseorang. Beliau mendakwa bahawa kerja-kerja pengumpulan sampel pertuturan dalam Bahasa Malaysia telah siap sebelum separuh kedua tahun ini. Sampel telah dikumpulkan di Malaysia. Beliau turut menambah menambah bahawa pengumpulan sampel untuk pelbagai bahasa di negara-negara penuturnya juga sedang berlangsung serentak.

Walau bagaimanapun,  bahasa-bahasa tersebut tidak dinyatakan. Jika ini benar, maka ia pasti akan meningkatkan kebolehgunaan Siri di Malaysia tetapi, sokongan bahasa tempatan tidak bermakna Siri dapat menawarkan maklumat berasaskan lokasi. Di samping itu, disebabkan oleh kaedah perbualan di mana anda berinteraksi dengan Siri, masih terdapat keraguan tentang kemampuan Siri Versi Bahasa Malaysia tersebut mentafsirkan secara am pertuturan biasa Rakyat Malaysia sendiri yang mempunyai pelbagai dialek yang berbeza.

Mungkin ramai lebih cenderung menggunakan Siri versi asal (Bahasa Inggeris) memandangkan Rakyat Malaysia jarang menggunakan Bahasa Melayu Baku. Pandangan anda? Adakah Siri versi BM berguna?

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons