Saturday 22 October 2011

Barang Kawalan Harga sempena Deepavali

Photobucket


BERA 16 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengumumkan 12 jenis barang kawalan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan esok sempena sambutan Deepavali pada 26 Oktober ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga memberi jaminan, barangan keperluan bagi sambutan itu mencukupi.

"Antara barangan keperluan pengguna termasuk kambing hidup import dan tempatan disenaraikan sempena perayaan Deepavali ini.

"Skim Kawalan Harga ini adalah berdasarkan kepada keperluan perayaan kaum-kaum yang terdapat di negara seperti daging kambing yang menjadi kegemaran masyarakat India,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas penyerahan van ”Skuad Sayang” kepada Wanita UMNO Bera berkata, kementerian juga akan memantau harga barangan kawalan di bawah Skim Kawalan harga musim perayaan selama 10 hari sebelum dan selepas perayaan. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons