Friday 28 October 2011

Cadangan Penyelesaian kepada Kemelut Bahasa Malaysia

Sebagai seorang penterjemah bahan audiovisual dan seorang yang berminat dalam perihal bahasa (apatah lagi bukan dari golongan yang bergelar Bumiputera), saya ingin meluahkan kebimbangan dan rasa muak saya terhadap kontroversi PPSMI, penggunaan bahasa Inggeris dalam sekolah dan "krisis identiti" Bahasa Kebangsaan (nak panggil apa, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia?) yang semakin hari semakin sesat daripada menemui jalan penyelesaian, apatah lagi di tengah-tengah Bulan Bahasa Kebangsaan. 

Thursday 27 October 2011

MP Zul Noordin dipilih naib presiden Perkasa

KUALA LUMPUR, 26 Okt — Perkasa memilih Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin sebagai salah seorang naib presidennya pada perhimpunan agung tahunan kedua pertubuhan bukan kerajaan membela orang Melayu itu yang berlangsung di sini, hari ini.
Wakil rakyat kontroversi itu dipilih ke jawatan itu selepas anggota majlis tertinggi Perkasa Muhammad Zahid Mohd Arip membawa usul tergempar.

Wednesday 26 October 2011

Jam Makkah 'sentuhan Malaysia'

MENARA Abraj Al-Bait mercu tanda utama kota Makkah. Gambar kecil, Wan Nazri Wan Aria.

MAKKAH: Rakyat Malaysia boleh berbangga melihat struktur menara jam yang tersergam indah menghadap Masjidil Haram di sini, Menara Hotel Jam Diraja Makkah atau dikenali sebagai Abraj Al-Bait, kerana ia sebenarnya mempunyai 'sentuhan anak Malaysia'.

Tiada alasan Laporan Audit lewat diedar kecuali ada muslihat sembunyikan fakta


Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang gagal dikemukakan dalam Dewan Rakyat bersekali dengan Laporan Ekonomi dan dokumentasi belanjawan negara sejajar dengan amalan Parlimen Malaysia sekian lama, akhirnya diedarkan sebagai Kertas Perintah 40, Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada hari Isnin, 24 Oktober 2011.  Pengedarannya lewat 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 yang lalu.

Tuesday 25 October 2011

SPR: Maklumat 40,000 pengundi ‘diragui’ dipamer mulai Khamis

KUALA LUMPUR, 25 Okt ― Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 40,000 nama pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya selama seminggu mulai Khamis ini.
Ia akan dipamerkan bersama daftar pemilih suku ketiga tahun ini di sekitar 1,000 tempat pameran yang diwartkan dan juga menerusi laman web SPR.

Monday 24 October 2011

UIA tarik balik arahan gantung tugas Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah menarik balik arahan gantung tugas yang dikenakan ke atas pensyarah undang-undangnya Prof Abdul Aziz Bari hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh unit perundangan menerusi satu surat yang difakskan sekitar pukul 6.30 petang tadi, kata peguam beliau Dr Zulqarnain Lukman kepada The Malaysian Insider.

Apa yang Perlu Dibuat Setiap Hari?

Photobucket

  1. Sentiasa patuh dan taat kepada ajaran islam yakni patuh kepada Allah dan Rasulullah.
  2. Sentiasa muhasabah diri dan melihat kesilapan yg dilakukan dan cuba berhijrah ke arah lebih baik.
  3. Sentiasa merendah diri dan melihat orang yg nasibnya lebih teruk dari kita agar timbul rasa bersyukur.
  4. Sentiasa cuba untuk menegur bila ternampak orang lain berbuat maksiat dan kesalahan dan elakkan sengaja mencari salah orang.

Siri (iPhone) VS Iris (Android)

Photobucket

Baru-baru ini, iPhone 4S tampil dengan aplikasi 'Siri' yang direka eksklusif untuk memudahkan pengguna berkomunikasi dengan telefon mereka. Tidak lama kemudian, Android tampil dengan 'Iris' sebagai pesaing utama kepada 'Siri'yang merupakan seorang pembantu suara Android berkhidmat untuk anda.

Sunday 23 October 2011

Islam benar bergurau asal tak melampaui batasan

SoalanSAYA mahu bertanya mengenai gurauan. Rasanya saya ada mendengar kalau bergurau atau mendengar perkara melucukan, ia boleh mematikan hati. Bagaimana sekiranya dalam ceramah agama, ustaz yang berceramah asyik membuat lucu. Adakah ia mematikan hati juga. Bolehkan golongan ustaz bergurau atau hanya perlu serius.
Ahmad Kamal, Gombak.

Saturday 22 October 2011

Barang Kawalan Harga sempena Deepavali

Photobucket


BERA 16 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengumumkan 12 jenis barang kawalan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan esok sempena sambutan Deepavali pada 26 Oktober ini.

7 perangai pelik Gaddafi

Photobucket

TRIPOLI: Muammar Gaddafi yang memerintah Libya selama 42 tahun kini menjadi sejarah dan bakal dikenang sebagai diktator yang didakwa menaja keganasan di negara luar.

Namun, di sebalik legasi itu, Gaddafi juga akan diingat sebagai tokoh yang suka melakukan perkara pelik.

Laman sesawang ABCNews.com menyenaraikan tujuh keanehan utama yang dilakukan Gaddafi.

Rektor UIA nafi Aziz Bari tidak dibenar masuk kampus universiti

KUALA LUMPUR, 22 Okt — Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menjelaskan tindakan menggantung tugas pensyarah undang-undang Profesor Dr Abdul Aziz Bari bukanlah hukuman, sebaliknya bagi memastikan siasatan terperinci dapat dijalankan berikutan kenyataan beliau mempertikai titah Sultan Selangor.
Rektor UIAM Profesor Datuk Dr Zaleha Kamaruddin turut menafikan laporan media dan portal berita bahawa Aziz tidak dibenarkan masuk serta berurusan dengan pihak universiti, dan digajinya turut ditahan.

700 pelajar protes tindakan UIA gantung Prof Aziz Bari





KUALA LUMPUR, 21 Okt — Kira-kira 700 pelajar berhimpun di kawasan masjid dalam kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak membantah tindakan pengurusan pusat pengajian tinggi itu menggantung perkhidmatan pensyarah undang-undang Prof Dr Abdul Aziz Bari.
UIA mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas Aziz kelmarin dan perkhidmatannya digantung sehingga inkuiri selesai.

Friday 21 October 2011

Gaddafi killed in hometown, Libya eyes future

Muammar Gaddafi (BREAKING NEWS) Muammar Gaddafi Dah Meninggal Dunia. Al Fatihah..
(Reuters) – Former Libyan leader Muammar Gaddafi died of wounds suffered on Thursday as fighters battling to complete an eight-month-old uprising against his rule overran his hometown Sirte, Libya’s interim rulers said. His killing, which came swiftly after his capture near Sirte, is the most dramatic single development in the Arab Spring revolts that have unseated rulers in Egypt and Tunisia and threatened the grip on power of the leaders of Syria and Yemen.

Thursday 20 October 2011

[VIDEO] 10 Tahun Sebelum Merdeka

20 Oktober 1947 merupakan hari bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat Malaya menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Filem dokumentari pendek ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh 5 individu yang turut serta dalam perjuangan politik kiri untuk membentuk sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.

Wednesday 19 October 2011

[VIDEO] Samsung Galaxy Nexus

Google Nexus yang menjadi sebutan hangat kebelakangan ini kini dilancarkan secara rasmi oleh Samsung dan Google di Hong Kong sebentar tadi. Sebagaimana yang diwar-warkan, ia didatangkan bersama-sama sistem operasi mudah-alih Google yang terbaru, iaitu Android Ice Cream Sandwich. 

Wednesday 5 October 2011

[GAMBAR] Perbandingan Samsung Galaxy S II Dan iPhone 4S

Photobucket

iPhone 4s telahpun dilancarkan secara rasmi semalam. Samsung segera mengeluarkan sebuah perbandingan diantara telefon pintar terkini mereka, Samsung Galaxy S II dan juga iPhone 4s. Berikut merupakan perbandingan tersebut :

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons