Tuesday 20 March 2012

Sakit Otak

1. Parlimen Malaysia mengambil model Parlimen Westminster di United Kingdom sebagai badan perundangan kebangsaan Malaysia.

2. Suhunya yang dingin, kerusinya yang empuk mampu membuatkan sesiapa sahaja terlena tatkala hilang konsentrasi terhadap perbahasan.

3. Kerap kali kerusi lebih banyak daripada tuannya kecuali tatkala Yang di-Pertuan Agong bertitah membuka sidang.

4. Ironiknya, Parlimen Westminster tidaklah seluas dan seselesa Parlimen Malaysia. Namun, kehadirannya hampir penuh sentiasa.

5. Perbahasannya pula terus relevan dengan menjurus kepada kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik peribadi. Kita pun tidak SAKIT OTAK menontonnya.

6. Parlimen Malaysia penuh lelucon. Mungkin ia satu keperluan buat ahli-ahli parlimen kita untuk kekal waras.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons