Sunday 29 January 2012

Muslim murtad selesaikan puncanya dahulu

Isu murtad sudah banyak kali ditimbulkan oleh pendakwah dan dibesarkan oleh media, namun apa yang ditimbulkan itu hanya tinggal begitu sahaja. Bising sekejap kadar seminggu, setelah ada pihak menafikannya, isu tersebut hilang begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan.  Persoalannya benarkah murtad menjadi-jadi mutakhir ini?
Kalau kenyataan itu keluar daripada orang yang berautoriti bolehkah kita terima sebagai sah. Persoalannya siapa yang berautoriti dalam hal ini? Sudah tentu mereka yang berurusan mendaftar, peguam syari’ dan hakim syari’. Mereka inilah yang paling tahu kadar sebenar. Apapun orang lain hanya sekadar mendengar maklumat daripada orang lain. Kita tidak nafikan ada orang yang murtad tetapi tetapi apakah kepentingan kita besarkan isu itu? Kadang-kadang isu itu dibesarkan oleh musuh untuk menjadikan kita panik dan takut sekali gus melemahkan jiwa umat Islam sendiri. Hal ini mungkin mereka sudah merasa umat Islam semakin lemah atau berpecah.

Tuesday 24 January 2012

Ali Rustam: Isytihar harta perlu diterima semua

MELAKA - Pengisytiharan harta milik ahli Umno kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bergantung pada persetujuan semua pihak termasuk Presiden parti Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Mohd Ali, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata, langkah itu perlu dipersetujui semua ahli parti termasuk wakil rakyat kerana ia melibatkan beberapa perkara seperti keselamatan.
"Sesetengah wakil rakyat tidak mahu mengisytiharkan harta mereka kerana ia akan diketahui umum sehingga boleh mengancam keselamatan mereka dan keluarga," katanya ketika ditemui pemberita pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Melaka di Dewan Sekolah Menengah Pay Fong di sini, hari ini.

Thursday 19 January 2012

Peniaga maut dibelasah

Peniaga maut dibelasah
KOTA BHARU- Seorang peniaga ikan mati dipercayai dibelasah oleh sekumpulan lelaki selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di hadapan masjid Kampung Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) dekat sini, malam Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam, mangsa Idris Mamat@Ripin, 54, disahkan mati di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, selepas cedera parah di kepala dan badan.

Wednesday 18 January 2012

SPRM: Ahli keluarga menteri akan diwajib isytihar harta

Ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut portal berita the Star yang memetik pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh tindakan itu bagi memastikan integriti dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau juga dipetik berkata bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons