Wednesday, 30 November 2011

Egypt’s Brotherhood leading in vote count

workers for the Muslim Brotherhood


CAIRO, Nov 30 ― The Muslim Brotherhood has secured about 40 per cent of the votes for its party list in the first round of Egypt’s parliamentary election this week after counting so far, putting it ahead of other groups, a party source said today.
Voting in Egypt’s election is being held in three phases over six weeks. Of the total of 498 seats in the lower house up for grabs, two-thirds will be allocated proportionally according to party lists and the other third will go to individuals.
Official results from Monday and yesterday’s votes are expected later in the day. More than 50 political parties are contesting the elections, along with thousands of candidates running as independents.

Dewan Rakyat lulus RUU Perhimpunan Aman dengan enam pindaan


KUALA LUMPUR, 29 Nov ― Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2001 yang kontroversi diluluskan petang ini dengan enam pindaan manakala ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar Dewan Rakyat selepas pentadbiran Najib enggan menarik balik rang undang-undang itu.
Rang undang-undang itu diluluskan dengan enam pindaan telah dilakukan yang bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan yang difikirkan perlu dan demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.

Tuesday, 29 November 2011

Pergerakan 'Occupy' akan 'duduki' Parlimen, Hari ini.

occupy dataran merdeka 151011 night programme story image
Sekumpulan aktivis bertujuan membawa pergerakan antarabangsa ‘Occupy’ ke bangunan Parlimen esok, sebagai bantahan terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dijadual dibahaskan dan dibentang untuk bacaan kali kedua.

Sehubungan itu, Occupy meminta orang ramai berhimpun di hadapan bangunan Parlimen selama tiga hari berturut-turut, bermula jam 11 pagi ini.

Kumpulan itu dipelopori Dewan Perhimpunan Rakyat KL yang sebelum ini terbabit dengan pergerakan Occupy Dataran yang mengadakan pelbagai aktiviti di Dataran Merdeka sejak Ogos lalu.

Monday, 28 November 2011

Rakyat Mesir mengundi kali pertama sejak Hosni Mubarak tumbang

KAHERAH: Beribu-ribu orang beratur di luar pusat mengundi di Mesir hari ini ketika pilihan raya pertama sejak kejatuhan Presiden Hosni Mubarak. 

Pengundi berdiri di luar pusat mengundi seluruh Kaherah, dengan kasut mereka dipenuhi lumpur selepas hujan di ibu negara sambil merungut ketika menunggu giliran masing-masing.
Banyak pusat mengundi dibuka lewat berikutan masalah pentadbiran seperti kelewatan hakim yang memantau proses pilihan raya itu dan jumlah kertas undi yang tidak mencukupi. - AFP

Hukum Labur & Berniaga Forex (Forex Trading)

Soalan : Saya ingin minta pihak ustaz untuk menerangkan tentang pelaburan tukaran matawang asing dan juga perniagaan Forex. Bagaimana pula jika saya melakukan transaksi sendiri dengan berbekalkan analisa sendiri atau yang disediakan oleh broker dengan melayari internet. Kemudian memperolehi untung dari jualan dan belian matawang asing ini. Terima kasih

Maal Hijrah 1433 Di Malaysia


Sambutan Maal Hijrah 1433 hari ini disambut sederhana dengan kebanyakan masjid di sekitar ibu negara mengadakan aktiviti keagamaan termasuk kuliah dan ceramah untuk menyemarakkan lagi hari memperingati perjuangan Nabi Muhammad SAW dan penghijrahannya dari Mekah ke Madinah.
Antara yang mengadakan sambutan itu ialah Masjid Usamah Zaid di Wangsa Maju, Masjid Amru Ibni Al'As di Sentul, Masjid Syakirin di Gombak dan Majid Jamek di Kampung Baru.

Tuesday, 22 November 2011

Keputusan Final Bola Sepak Sukan SEA 2011: Malaysia VS Indonesia


JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.

Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.

Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan. Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons