Friday 4 November 2011

3 Faktor Pembentukan Keperibadian


Saiyidina Ali RA pernah berkata yang bermaksud:
1. Jadilah manusia paling baik di sisi Allah
2. Jadilah manusia paling buruk dalam pandangan dirimu
3. Jadilah manusia biasa di hadapan orang lain.

Sheikh Abdul Qadir Jailani berkata yang bermaksud:
Bila engkau bertemu dengan seseorang, hendaklah engkau memandang dia itu lebih utama daripada dirimu dan katakana dalam hatimu: ‘Boleh jadi dia lebih baik di sisi Allah daripada diriku ini dan lebih tinggi darjatnya’.


Jika dia orang yang lebih kecil dan lebih muda umurnya daripada dirimu, maka katakanlah dalam hatimu: ‘Boleh jadi orang kecil ini tidak banyak berbuat dosa kepada Allah, sedangkan aku adalah orang yang telah banyak berbuat dosa, maka tidak diragukan lagi kalau darjatnya jauh lebih baik daripada aku’.

Bila dia orang yang lebih tua, maka hendaklah engkau mengatakan dalam hati: ‘Orang ini telah lebih dahulu beribadah kepada Allah daripada aku’.

Jika dia orang yang alim, maka katakana dalam hatimu: ‘Orang ini telah diberi oleh Allah sesuatu yang tidak boleh aku raih, telah mendapatkan apa yang tidak boleh aku dapatkan, telah mengetahui apa yang tidak aku ketahui, dan telah mengamalkan ilmunya’.

Bila dia orang yang bodoh, maka katakana dalam hatimu: ‘Orang ini derhaka kepada Allah kerana kebodohannya, sedangkan aku derhaka kepada-Nya, padahal aku mengetahuinya. Aku tidak tahu dengan apa umurku akan Allah akhiri atau dengan umur apa orang bodoh itu Allah akhiri (apakah dengan husnul khatimah atau dengan su’ul khatimah’.

Bila dia orang yang kafir, maka katakana dalam hatimu: ‘Aku tidak tahu, boleh jadi dia akan masuk Islam, lalu menyudahi seluruh amalannya dengan amal soleh, dan boleh jadi aku terjerumus menjadi kafir lalu menyudahi seluruh amalanku dengan amal yang buruk’.

Dalam pandangan Islam, semua manusia itu sama, tidak dibeza-bezakan kerana status harga, takhta, keturunan, atau latar belakang pendidikannya. Manusia yang paling mulia darjatnya di sisi Allah adalah yang paling tinggi kadar ketaqwaannya di antara mereka. Oleh kerana itu, sebahagian ulama berdoa dengan doa berikut:

Ya Allah, jadikanlah aku orang yang pandai bersabar dan bersyukur. Jadikanlah aku seorang yang hina menurut pandangan diriku sendiri dan jadikanlah aku orang yang besar menurut pandangan orang lain.
(dipetik dari Kitab Nasha’idul ‘Ibad, karya Imam Nawawi Al-Batani)

Dengan melihat diri sendiri lebih hina dan rendah diri daripada orang lain maka kita lebih mudah untuk memacukan diri untuk membuat lebih banyak kebaikan serta membaiki kelemahan diri. Begitu juga apabila kita memandang orang lain lebih baik dari diri kita, maka kiat mengelak dari menghina, mencela dan menjatuhkan aib orang lain. Pada soal pokoknya, kita mengejar mendapatkan tempat darjat yang tinggi disisi Allah SWT. Lantas membetuk keperibadian seorang Muslim yang dicintai Allah SWT. InsyaAllah. 

Wallahu’alam.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons