NILAI: Akta baru yang akan diperkenalkan kerajaan berikutan pemansuhan dan kajian semula beberapa akta seperti Akta Kediaman Terhad 1933 dan Ordinan Darurat, dijangka akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.
“Kita mengumumkan untuk mengkaji Akta Kediaman Terhad 1933 dan mansuhkan Akta Buang Negeri 1959. Apa yang diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pada 15 September lalu juga membabitkan Ordinan Darurat dan dua akta yang berhubung kait iaitu RELA dan JPAM sedang dikaji.
“(Kajian semula dan pemansuhan) Ordinan itu termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan mereka yang ditahan di bawah Ordinan Darurat, ada yang lebih positif iaitu peluang bagi sukarelawan untuk diupayakan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penutupan perhimpunan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) peringkat kebangsaan kedua, semalam.
Hishammuddin berkata, akta itu akan menentukan matlamat dan hala tuju baru bagi RELA dan JPAM untuk sentiasa bersedia bagi menghadapi pelbagai ancaman terhadap negara sama ada dari dalam atau luar.
“Awal tahun depan bermula era baru bagi RELA dan JPAM yang diwujudkan untuk menangani ancaman komunis, untuk dilihat pengisiannya lebih relevan dan bermakna berhadapan cabaran semasa,” katanya.
Pada 15 September lalu, Perdana Menteri dalam perutusan khas Hari Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia 2011 mengumumkan pemansuhan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta mengkaji semula Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967 yang mengambil kira Perkara 10 Perlembagaan. – BERNAMA
Sumber: Berita Harian
1 comments:
Saya pun merasa gembira Akta Peranti Perubatan yang berkaitan dengan bidang yang saya ceburi telah lulus. Akta ini dapat melindungi kepentingan pesakit supaya tidak ada lagi lambakan peralaran perubatan yang tidak menepati piawaian dengan mudah masuk Malaysia.
Post a Comment