Saturday 19 November 2011

Minyak Masak sebagai Bahan Api Kapal Terbang

Cooking oil now powering airplanes



Alaska Airlines telah berjaya menyempurnakan 75 penerbangan dengan penumpang yang menggunakan 80% bahan api jet yang normal dan bio-fuel yang didakwa minyak masak biasa. Adunan bahan api tersebut telah memenuhi piawaian penerbangan dan ketenteraan, alam sekitar dan tahap prestasi yang telah ditetapkan. 


Bahan api tersebut dibekalkan oleh SkyNRG, sebuah syarikat biofuel aviasi. Bahan api tersebut boleh dicampur dengan bahan api berasaskan petroleum dan disalurkan kepada pengguna melalui paip khas. Pembangunan biodiesel campuran untuk penerbangan merupakan satu kemajuan besar kerana kapal terbang masih bergantung kepada tenaga bahan api cecair. Sumber elektrik atau bateri masih belum sesuai untuk digunakan dalam industri penerbangan.



Penjimatan tenaga penerbangan tersebut bersamaan 26 kereta di jalan raya setiap tahun. Walau bagaimanapun, teknologi hijau ini akan memberi lebih manfaat  sekiranya semua syarikat logistik udara menggunakan campuran tersebut untuk semua penerbangan mereka.

Sumber: Dvice

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons